SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Rabu, 30 Mei 2012

KATA-KATA HIKMAT MINGGU INI


   " EDUCATION IS THE MOST POWERFUL WEAPON
        WHICH YOU CAN USE TO CHANGE THE WORLD.."

                                                                                                          
                                                                                                       -NELSON MANDELA-

Isnin, 28 Mei 2012

CUTI SUDAH BERMULA !





Semua murid Pudu Satu mula menunjukkan wajah keriangan pada minit-minit akhir waktu persekolahan
sesi penggal pertama .

Ini kerana mereka tidak sabar-sabar untuk mula bercuti sebaik saja berdering loceng waktu terakhir pada petang hari Jumaat berkenaan.

Semua murid mula bercuti pada 26 Mei 2012 (Sabtu) hingga 10 Jun 2012 (Ahad).

Murid bersekolah semula pada 11 Jun 2012 ( Isnin) pada sesi pagi yang mana sesi persekolahan
bermula pada pukul 7.20 pagi  setiap hari .

Jaga diri.

Jaga keselamatan .

Semoga bergembira .

Selamat bercuti !








                                                                                              
   
                                                                                                                          -Admin-




  * Download - Klik kanan pada gambar dan 'save picture as'





SAMBUTAN HARI GURU 2012

Kemeriahan sambutan Hari Guru SK (P) Pudu Satu pada 25 Mei yang lepas.































    Banyak lagi yang menarik namun semuanya tidak dapat dimuatkan dalam ruang yang terhad ini.
    Kepada yang ingin melihat versi penuh gambar-gambar ini, maklumkan permintaan kepada 
    Pusat Sumber & Unit Media SK (P) Pudu Satu .


"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"




                                                                                                                                 -Admin-


* Download - Klik kanan pada gambar dan 'save picture as'





Jumaat, 25 Mei 2012

TAHUKAH ANDA ?



 EDISI KHAS
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SK (P) PUDU SATU
JUMAAT 25 MEI 2012






















' Guru bukan segala-galanya tapi segala-galanya
bermula dari seorang guru .....'

                                              -Dato' Dr. Mohd Fadilah Kamsah-








1. Akhbar Utusan Malaysia pada 24 April 2012  :

    " Kerjaya guru merupakan kerjaya di kedudukan ke-4 yang paling stress di Malaysia selepas
      Polis (pertama), Pegawai Penjara (kedua) dan Jururawat (ketiga)  ..."


2.   Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP/KPPK) telah menjalankan kajian
      terhadap 9000 responden guru di seluruh Malaysia dan mendapati  bahawa 70% daripada
      jumlah guru-guru tersebut mengalami masalah sakit jiwa .

3. Dalam al-Quran menyatakan kedudukan dan taraf guru sebagai orang berilmu :

             "..nescaya Allah s.w.t meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu
               dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat "
                                                                                                    
                                                                                                   (Al-Mujadalah :11)

4. Sabda Rasulullah s.a.w berkenaan dengan tugas guru :

     "    Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mengutuskan aku untuk menukarkan atau mencari
          aib seseorang sebaliknya Allah s.w.t mengutuskan aku sebagai guru yang memudahkan. "








                                                                                                                          -Admin-

* Slot ringkas Tahukah Anda diterbitkan setiap Jumaat


Rabu, 23 Mei 2012

KATA-KATA HIKMAT MINGGU INI


 " IF YOU WANT TO MAKE  YOUR MOTHER HAPPY
TALK TO HER ,
 IF YOU WANT TO MAKE YOUR FATHER HAPPY
LISTEN TO HIM . "

                                                                                 - ABRAHAM LINCOLN-









* Segmen Kata-Kata Hikmat Minggu Ini diterbitkan setiap Rabu
                                                                                                  -Admin-

Isnin, 21 Mei 2012

PKSR 1 BERMULA HARI INI



Semua murid Pudu Satu menduduki peperiksaan pertengahan tahun
(PKSR 1) bermula hari ini.

Murid-murid tahun 1 dan 2 menjalani ujian di bawah Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) berasaskan kepada Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR).

Sementara murid-murid tahun 3,4,5 dan 6 menjalani peperiksaan di bawah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Peperiksaan pertengahan penggal ini bermula dari 21 Mei  hingga 24 Mei
untuk semua kelas dari tahun 1 hingga tahun 6.

Selamat maju jaya .


                                                                                                       -Admin-








Jumaat, 18 Mei 2012

TAHUKAH ANDA ?


KELAJUAN MALAIKAT

Dalam Al-Quran dinyatakan seperti berikut :

' Para malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepadaNya dalam sehari yang
  kadarnya lima puluh ribu tahun ... '
                                                                      ( Surah Al-Maarij : 4)

Secara fizik, umum mengetahui bahawa

kelajuan cahaya bergerak = 300 000 km per satu saat        dan ,  

1 tahun pergerakan cahaya = 9,460,730,472,580.8 km

 Oleh itu, jika disandarkan kepada kedua-dua  perkara ini (al-quran dan fizik)
 maka, pergerakan malaikat boleh dikira seperti berikut :

Jarak pergerakan malaikat dalam sehari
       = 1 tahun pergerakan cahaya x  50 000 tahun.
       =  9,460,730,472,580.8 km  x 50 000 tahun
       =  473,036,523,629,040,000 km

Kelajuan malaikat dalam satu saat

   =          Jarak dalam sehari   
               Masa dalam sehari

   =       Jarak dalam sehari   
            1 hari x 60 minit x 60 saat 

    =        473,036,523,629,040,000 km 
               24 jam x 60 minit x 60 saat

    =      131,399,034,341,400 km per saat   

Dari hasil pengiraan ini, terbukti bahawa, dalam satu saat sahaja
malaikat bergerak sejauh 131,399,034,341,400 km.

Subhanallah !

Namun, pengiraan secara sains dan matematik  ini hanyalah bersandarkan
kepada bukti nyata yang telah diberikan. Kelajuan sebenar malaikat hanya
Allah s.w.t saja yang mengetahuinya .

                                                                                         -Admin-


* slot ringkas Tahukah Anda diterbitkan setiap hari Jumaat


Rabu, 16 Mei 2012

Terima Kasih Cikgu. Selamat Hari Guru !



Hari ini 16 Mei 2012 merupakan sambutan Hari Guru di semua sekolah
seluruh Malaysia.Jasa dan pengorbanan semua guru amat dihargai,
disanjungi dan tidak akan dilupa hingga ke akhir hayat.

 Semoga semua semua guru akan terus berusaha dengan gigih
 lagi demi mencorakkan masa depan negara agar lebih maju dan
 berdaya saing.

'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'

Kepada semua guru SK (P) Pudu Satu,

terima kasih cikgu.
Selamat Hari Guru .






                                                                                        -Admin-