BAHANG PILIHANRAYA KINI DIRASA
Seluruh negara sedang sibuk untuk persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) bagi negara pada 5 Mei 2013 nanti . Banyak pihak menyatakan pendapat bahawa pilihanraya kali ini adalah 'Ibu bagi segala pilihanraya yang pernah diadakan '.
Dalam pilihanraya ini, sebanyak 212 kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) dan sebanyak 505 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan . Pilihanraya ini diadakan bagi memilih wakil-wakil rakyat untuk berada di Parlimen dan DUN bagi 5 tahun yang akan datang setelah Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 3 April yang lalu selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah ( gambar ).
Fakta lain yang boleh dikongsi bersama mengenai PRU ke-13 ini adalah seperti berikut :
1. Kos pilihanraya - RM 400 juta
2. Pusat Mengundi - 8789 pusat mengundi akan beroperasi di seluruh negara
3. Dakwat - 230,000 botol dakwat akan digunakan
4. Peti Undi - 50,000 peti undi lutsinar akan digunakan
5. Petugas pilihanraya - 234,000 petugas pilihanraya akan menjalankan tugas
6. Pengundi - 13.26 juta pengundi akan mengundi pada 5 Mei
-Admin-