DALIL PUASA
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
184. (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
185. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah swt dan sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah swt, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan."
(Riwayat Ahmad dan Syaikhani)
Begitu juga sabda Nabi saw kepada A'rabi (Arab Badawi) yang telah bertanya kepada Baginda: "Beritahu kepada aku puasa yang telah difardhukan oleh
Allah ke atas aku?"
Jawab Baginda: "Puasa bulan Ramadan".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah menyatakan nabi saw bersabda: Allah berfirman:
Setiap amalan anak adam adalah untuk diri mereka kecuali puasa. Sesungguhnya ia untukku dan aku yang akan membalasnya. Puasa itu perisai. Seandainya seseorang berpuasa pada suatu hari, janganlah dia berkata perkataan yang kotor dan meninggikan suara. Seandainya seseorang mencelanya, atau mengajaknya bergaduh, katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Demi Tuhan yang Nyawa Muhammad di TanganNya, sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangian kasturi. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan: Iaitu apabila berbuka, dia gembira dengan berbuka puasanya, dan ketika bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Sahl bin Saad r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dipanggil ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak ada seorangpun dapat memasukinya melainkan orang yang puasa. Akan dipanggil: Di mana orang-orang yang berpuasa? Maka mereka (yang berpuasa) akan bangun, tidak ada yang melalui pintu itu selain mereka. Apabila mereka sudah masuk, maka pintu ditutup. Dan tiada seorang pun dapat memasukinya lagi.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Lafaz Niat Sebulan Puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz Niat Puasa (harian)
PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA

NIAT PUASA RAMADHAN
Lafaz Niat Sebulan Puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz Niat Puasa (harian)
Doa Berbuka Puasa
Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani
PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA
- Makan, minum dan bersetubuh pada siang hari dengan sengaja.
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga dan mulut walaupun tidak mengenyangkan.
- Muntah dengan sengaja.
- Keluar haid bagi wanita.
- Mengeluarkan air mani dengan sengaja bukan bermimpi.
- Bersalin.
- Hilang akal disebabkan gila atau mabuk pada siang hari atau pada bulan puasa.
- Melihat bulan Syawal.
- Murtad ( keluar agama Islam).
PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
- Berkumur-kumur dan menggosok gigi ketika gelincir matahari.
- Memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan.
- Mengucapkan kata-kata yang kotor dan sia-sia.
- Memandang dan mencium bunga-bunga atau bau-bauan.
- Berbekam jika berbekam itu melemahkan badan.
- Merasa makanan dengan lidah.
- Mengunyah benda keras. liat tak boleh hancur.
SUNAT-SUNAT PUASA RAMADHAN
1. Menyegerakan berbuka . Seelok-eloknya dimulakan
dengan buah kurma atau sesuatu yang manis.
dengan buah kurma atau sesuatu yang manis.
2. Melambatkan makan sahur.
3. Menjauhi perkara maksiat atau kotor.
4. Mengerjakan solat terawih pada tiap-tiap malam bulan
Ramadhan.
Ramadhan.
5. Berdoa dan berzikir pada setiap malam sesudah solat witir.
6. Tadarus ( membaca al-quran ).
7. Iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir.
8. Membanyakkan amalan bersedekah.
9. Membaca doa berbuka puasa ketika mula berbuka .
ADAB MENYEMPURNAKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN
1. Menjaga lidah daripada berdusta , mengumpat dan
mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya.
mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya.
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan
mendengar perkara yang dilarang oleh syrak dan sia-sia.
mendengar perkara yang dilarang oleh syrak dan sia-sia.
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau
mengandungi syubhah terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk
menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
mengandungi syubhah terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk
menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
4. Berusha menjaga semua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau
melakukan perkara maksiat dan sia-sia .
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang hari dan makan pada waktu malam. Digalakkan
bersederhana dalam melakukan kedua-dua perkara ini.
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka
makanan yang lazat.
7. Tidak menyibukkan urusan duniawi pada bulan Ramadhan, bahkan mengambil
kesempatan untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t .
8. Mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka pada waktunya.
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang berpuasa sekalipun dengan beberapa
kurma atau segelas air.
10. Memenuhi malam dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan