SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Rabu, 11 Julai 2012

3.6 JUTA SERTAI SENAMROBIK






Subang Jaya - Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Senamrobik Serentak '1 Murid 1Sukan 1Malaysia' di seluruh negara semalam melayakkan program berkenaan dicatatkan dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR).
      
       Acara bermula jam 8 pagi itu menyaksikan penyertaan 3.6 juta murid dari 10,000 sekolah di seluruh negara termasuk prasekolah, sekolah rendah dan menengah dengan upacara perasmian diadakan di  Padang Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, disini.
       
      Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan proses penyerahan sijil MBOR yang disampaiakan pengasas dan Pengarah Urusan Buku Rekod Malaysia Datuk Danny Ooi kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
       
      Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar 1 Murid 1Sukan yang mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat kementerian memupuk budaya sukan di sekolah.
       
     "Saya bersyukur kerana Dasar 1M 1S turut memperlihatkan hasrat kerajaan menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan jelas terbukti sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dalam merealisaikan Gagasan 1Malaysia. Justeru bidang sukan gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia yang secara tidak langsung menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan murid sekolah ", katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

      Mewakili semua sekolah di seluruh negara, pelajar mengikut rentak dan irama lagu yang diputarkan radio dengan diiringi tenaga pengajar dari Sekolah Sukan Bukit Jalil yang disertai Muhyiddin. Bagi memeriahkan suasana, beberapa acara sukan turut diadakan termasuk futsal dan bola jaring bersesuaian dengan Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012 anjuran kementerian berkenaan.

      Muhyiddin berkata, dia berbangga atas usaha kementeriannya mengambil langkah proaktif mengadakan senamrobik serentak yang menjadi kesinambungan kepada Larian 1M 1S 1M dijayakan di Perak tahun lalu.






                                                                 
                             
                                                                               Sumber : Harian Metro 11 Julai 2012  (Rabu),
                                                                                               Setempat muka surat 18




                                                                                                                       -Admin-