Hari ini, 23 Julai 2012 adalah hari yang dipilih oleh pihak sekolah untuk mengadakan pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena menuju sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia Ke-55.
Majlis diadakan bermula pukul 7.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Wilayah Persekutuan. Puan Suamah Binti Basir (Guru Besar) sukacita hadir dalam majlis untuk merasmikan kempen ini. Selepas perasmian beliau juga menyampaikan Jalur Gemilang kepada semua guru kelas untuk diberikan kepada semua murid dan akan dikibarkan di kelas masing-masing.
Majlis juga diserikan dengan deklamasi sajak bertajuk Jalur Gemilang oleh Noor Syasya Afiqah Shahrizal dari kelas 5 Melur .