SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Jumaat, 12 Oktober 2012

TAHUKAH ANDA ?


5 MANUSIA PALING GENIUS DI DUNIA


1. AINAN CAWLY

Ranking pertama dicatatkan oleh Ainan Cawly . Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, Ainan telah menguasai bidang kimia dan fizik. Sekarang ini Ainan berumur 12 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di University Of Help di Malaysia.


2. MARC BOEDIHARDJO


Marc mendapat tajaan untuk belajar di University Oxford ketika berusia 14 tahun. Ini menjadikan Marc sebagai pelajar termuda di universiti berkenaan.


3. ALIA SABUR


Guiness World Of Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia.


4. TERENCE TAO


Terence memperoleh Ijazah Master ketika berumur 17 tahun, kemudian mendapat Ijazah Doktor ketika berumur 20 tahun dan kemudiannya memperoleh Profesor Of Mathematics ketika berusia 24 tahun.


5. MARCO CALASAN


Marco yang berusia 10 tahun ini merupakan seorang jurutera Microsoft paling muda di dunia. Dia berasal dari Macedonia. Marco juga telah menerima 4 sijil Microsoft  serta telah menulis dan menerbitkan sebuah buku iaitu WINDOWS 7 .




Sumber: baca-blogspot.com



                                                                                          -Admin-

*TAHUKAH ANDA diterbitkan setiap Jumaat



Khamis, 11 Oktober 2012

PUDU SATU JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA



TAHNIAH  SYASYA !







Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan kepada Noor Syasya Afiqah Bt Shahrizal dari kelas 5 Melur yang telah berjaya sebagai  Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2  baru-baru ini. Selaku pemenang, Syasya juga telah menerima dan membawa pulang sebuah trofi dan sijil penyertaan . Pertandingan ini telah berlangsung pada 9 dan 10 Oktober yang dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan Cheras untuk sekolah-sekolah angkat di bawah naungannya . Pertandingan telah diadakan di Kolej Teknologi YPC-iT Web Taman Maluri Cheras.

Semoga kejayaan Syasya akan menjadi motivasi dan perangsang kepada murid lain untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti luar dan mendapatkan kejayaan seperti yang diinginkan .



                                                                                                                                       
 -Admin-

Selasa, 2 Oktober 2012

HARI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


Berikut ialah antara foto yang sempat diambil semasa program tersebut yang dijalankan pada 22 dan 23 September yang lalu .


















* Klik imej untuk paparan yang lebih besar

                                                                                                                             -Admin-