SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Isnin, 21 Januari 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-40


Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 19 Januari 2013 yang lalu. Antara agenda utama yang ditengahkan ialah melantik jawatankuasa baru bagi sesi 2013/2014 di samping membincangkan beberapa usul oleh ibu bapa dan pihak sekolah .

     Beberapa perkara telah dipersetujui dalam mesyuarat ini iaitu melantik En. Prem Kumar sebagai YDP PIBG bagi menggantikan En.S.Selvanathan yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan juga penetapan kadar yuran PIBG untuk dibayar oleh ibu bapa tidak lama lagi.

   Pada hari itu juga dijalankan Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Wajah Seiras yang melibatkan murid Pudu Satu dan juga ibu bapa. Sambutan amat memberangsangkan dari semua peserta pertandingan. Hadiah kepada pemenang disumbangkan oleh PIBG.












-Admin-

Sabtu, 19 Januari 2013

PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2013


Program Transisi telah ditutup pada 18 Januari 2013 yang lalu. Program ini berlangsung sejak 3 Januari 2013 iaitu selama 2 minggu. Dalam tempoh ini semua murid Tahun 1 hanya mempelajari pelajaran bertema di samping mengenali persekitaran sekolah dengan lebih dekat lagi.

Pn. Ismawati Bt Ali GPK Tadbir & Kurikulum telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid Tahun 1 dan menutup program ini dengan rasminya pada hari Jumaat yang lepas.

Selamat belajar Tahun 1 .





-Admin-

Khamis, 17 Januari 2013

KAJIAN TMK GURU DAN KAJIAN KSSR



KAJIAN KSSR GURU DAN PENTADBIR


SILA KLIK DI BAHAGIAN 'HALAMAN'  UNTUK YANG BERKENAAN

i)  klik KAJIAN KSSR PENTADBIR UNTUK  PENTADBIR SEKOLAH SAHAJA

ii) klik  KAJIAN KSSR GURU JIKA TERLIBAT DENGAN KSSR TAHUN 1 & 2  2012


TARIKH TUTUP KAJIAN IALAH 30 JANUARI 2013 (RABU)



KAJIAN TMK GURU

SEMUA GURU DIWAJIBKAN MENJAWAB KAJIAN TMK.

SILA KLIK DI BAHAGIAN ' HALAMAN' IAITU KAJIAN TMK GURU.

TARIKH TUTUP KAJIAN IALAH 31 JANUARI 2013 ( KHAMIS)


- admin-


Selasa, 15 Januari 2013

KAJIAN TMK GURU




SEMUA GURU SK (P) PUDU SATU DIWAJIBKAN MENGISI DATA KAJIAN SEBELUM 31 JANUARI 2013. 

GURU PERLU MENGISI DENGAN JUJUR DAN IKHLAS .

(sila klik di bahagian halaman (sebelah kanan) blog ini .

                                                                                                                               





                                                                                                                    -GURU ICT-

Isnin, 14 Januari 2013

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2013


Hari ini 14 Januari 2013, pihak sekolah mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Kuatermaster . 

Dalam ucapan perasmian, Guru Besar mengingatkan semua pengawas agar menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid lain. 

Selain itu, beliau juga berharap semua pengawas akan terus cemerlang dalam akademik mahu pun ko-kurikulum.

Dalam majlis ini Mira Nurfatihah Bt Suhaimi dilantik sebagai Ketua Pengawas 2013 .

Tahniah, semua pengawas !









-Admin-

Ahad, 13 Januari 2013

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6


Pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan dengan semua ibu bapa/ penjaga murid tahun 6 pada 12 Januari yang lalu.

Semua ibu bapa diberi pendedahan dengan UPSR 2013 di samping mereka dapat berbincang tentang masalah anak mereka dengan guru-guru tahun 6.








Sabtu, 12 Januari 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013


Kursus ini telah diadakan pada 12 Januari yang lalu bertempat di SK (P) Pudu Satu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 ptg. 

Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber merupakan peserta bagi kursus yang diadakan sehari ini . 

Berikut adalah beberapa slot yang dirakamkan pada hari itu .









-Admin-