SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Isnin, 29 April 2013

LAWATAN KELAB GURU KE PAHANG (updated 6th May )



JOM PERGI MANDI ........ ! 


Kelab Guru Pudu Satu telah mengadakan lawatan ke Pahang selama 2 hari iaitu 27 April dan 28 April . Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan dan semuanya dirakamkan dalam beberapa gambar di bawah .

We will put more photo's soon ....















Sabtu, 27 April 2013

PRAKTIKUM GURU PELATIH IPG ILMU KHAS SELESAI



THANK YOU, TEACHER (update soon)

Tarikh 26 April ialah hari terakhir kepada Cikgu Maisarah dan Cikgu Julaiha menjalani praktikum di SK (P) Pudu Satu. Ramai murid terutamanya murid Tahun 2 dan 3 memberikan hadiah kepada kedua-dua guru ini sebagai tanda terima kasih mereka kerana mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.


Berikut adalah beberapa slot yang sempat dirakamkan pada petang Jumaat lalu .








-Admin-


Selasa, 23 April 2013

PILIHANRAYA UMUM KE-13 HAMPIR TIBA

BAHANG PILIHANRAYA KINI DIRASA 


Seluruh negara sedang sibuk untuk persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) bagi negara pada 5 Mei 2013 nanti . Banyak pihak menyatakan pendapat bahawa pilihanraya kali ini adalah 'Ibu bagi segala pilihanraya yang pernah diadakan '.

Dalam pilihanraya  ini,  sebanyak 212 kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) dan sebanyak 505 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan . Pilihanraya ini diadakan bagi memilih wakil-wakil rakyat untuk berada di Parlimen dan DUN bagi 5 tahun yang akan datang setelah Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 3 April yang lalu  selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah  ( gambar ).



Fakta lain yang boleh dikongsi bersama mengenai PRU ke-13 ini adalah seperti berikut :

1. Kos pilihanraya - RM 400 juta
2. Pusat Mengundi - 8789 pusat mengundi akan beroperasi di seluruh negara
3. Dakwat  - 230,000 botol dakwat akan digunakan
4. Peti Undi - 50,000 peti undi lutsinar akan digunakan
5. Petugas pilihanraya - 234,000 petugas pilihanraya akan menjalankan tugas
6. Pengundi - 13.26 juta pengundi akan mengundi pada 5 Mei 



-Admin-


  

Jumaat, 5 April 2013

SELAMAT DATANG, CIKGU !


Seramai 2 orang guru praktikum telah melapor diri di SK (P) Pudu satu pada 1 April yang lalu. Mereka ialah Cikgu Wan Maisarah Wan Husin dan Cikgu Julaiha Binti Samsuddin dari Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur.

Mereka menjalani praktikum bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris sehingga hujung bulan April ini. Apa pun selamat menjadi sebahagian warga SK Pudu Satu.

Selamat datang , cikgu .




-Admin-     

Isnin, 1 April 2013

MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah diadakan pada 18 Mac hingga 22 Mac yang lalu .
 banyak aktiviti telah dijalankan iaitu kuiz, tayangan video, melukis poster dan mewarna gambar serta pertandingan boria dan deklamasi sajak .

Berikut adalah beberapa aktiviti yang dijalankan dalam minggu tersebut.




                                                                                              -Admin-