SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Jumaat, 10 Ogos 2012

TAHUKAH ANDA ?



TRANSIT PLANET ZUHRAH (  VENUS )




Transit Planet Zuhrah (Venus) telah kelihatan dari permukaan bumi pada 9 Jun 2012 yang lepas. Transit berlaku apabila planet ini melintasi kedudukannya antara bumi dan matahari.


     Kejadian ini terakhir sekali dilihat pada tahun 1882.  Ramai penduduk dunia tidak ketinggalan menonton kejadian ini secara langsung kerana berlaku pada siang hari . Menurut statistik yang dikeluarkan, seramai 2 juta penonton yang menonton menerusi laman web NASA dengan kira-kira 90,000 melayarinya pada satu-satu masa kerana mereka tidak mempunyai peralatan yang perlu seperti teleskop penapis cahaya .

     Semasa kejadian ini berlaku planet Zuhrah akan kelihatan seperti bintik hitam di atas permukaan matahari dan sememangnya planet ini kelihatan jelas kepada mereka yang melihat dari permukaan bumi. Kejadian berlaku selama 6 jam 40 minit.

    Selain Amerika Syarikat, planet ini juga dapat dilihat di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China. Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit.

      Menurut anggaran yang dikeluarkan oleh NASA, fenomena ini akan berlaku lagi selepas 105 tahun akan datang. Dipercayai penduduk bumi akan melihat lagi fenomena ini pada tahun 2117.

                                                                           - Agensi-



                                                                     -Admin-




* TAHUKAH ANDA diterbitkan setiap Jumaat