SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Isnin, 6 Ogos 2012

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN




NUZUL QURAN

Hari ini , Isnin bersamaan 17 Ramadhan 1433 ( 6 Ogos 2012) merupakan satu daripada hari yang amat bermakna kepada semua umat Islam. Umat Islam menyambut Nuzul Al-Quran yang membawa maksud pada hari ini Allah s.w.t mula menurunkan al-quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut Dr.Yusof Al-Qardhawi, sememangnya al-quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Beliau telah membuat rumusan dan menyatakan 7 keistimewaan al-quran setelah membuat banyak rujukan terhadap kitab-kitab ulama yang terdahulu.

Berikut adalah antara keistimewaan tersebut :

1. Kitab yang diturunkan oleh Allah dari sisi-Nya.
2. Kitab yang terpelihara selama-lamanya ( tidak boleh diubah).
3. Kitab yang menewaskan kitab-kitab yang lain.
4. Kitab yang mempunyai keterangan yang nyata dan ringkas.
5. Kitab yang menerangkan keseluruhan hidup beragama.
6. Kitab sepanjang zaman ( sesuai untuk dibaca pada sebarang masa).
7. Kitab yang memperkatakan tentang hak kemanusiaan.




                                                                                            Sumber : Ustaz Wan Sohor Bani Leman
                                                                                                           Al-Zikra, 97.2  KLFM

UJIAN BULAN OGOS KINI BERMULA



Semua murid Pudu Satu tahun 3,4,5 dan 6 akan menduduki Ujian Bulan Ogos pada hari ini
Isnin (6 Ogos 2012) hingga Rabu (9 Ogos 2012).
Sementara murid-murid tahun 1 dan 2 akan meneruskan pembelajaran seperti biasa.
Selamat maju jaya .


                                                                                                       -Admin-