SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Jumaat, 12 Oktober 2012

TAHUKAH ANDA ?


5 MANUSIA PALING GENIUS DI DUNIA


1. AINAN CAWLY

Ranking pertama dicatatkan oleh Ainan Cawly . Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, Ainan telah menguasai bidang kimia dan fizik. Sekarang ini Ainan berumur 12 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di University Of Help di Malaysia.


2. MARC BOEDIHARDJO


Marc mendapat tajaan untuk belajar di University Oxford ketika berusia 14 tahun. Ini menjadikan Marc sebagai pelajar termuda di universiti berkenaan.


3. ALIA SABUR


Guiness World Of Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia.


4. TERENCE TAO


Terence memperoleh Ijazah Master ketika berumur 17 tahun, kemudian mendapat Ijazah Doktor ketika berumur 20 tahun dan kemudiannya memperoleh Profesor Of Mathematics ketika berusia 24 tahun.


5. MARCO CALASAN


Marco yang berusia 10 tahun ini merupakan seorang jurutera Microsoft paling muda di dunia. Dia berasal dari Macedonia. Marco juga telah menerima 4 sijil Microsoft  serta telah menulis dan menerbitkan sebuah buku iaitu WINDOWS 7 .




Sumber: baca-blogspot.com



                                                                                          -Admin-

*TAHUKAH ANDA diterbitkan setiap Jumaat



Khamis, 11 Oktober 2012

PUDU SATU JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA



TAHNIAH  SYASYA !







Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan kepada Noor Syasya Afiqah Bt Shahrizal dari kelas 5 Melur yang telah berjaya sebagai  Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2  baru-baru ini. Selaku pemenang, Syasya juga telah menerima dan membawa pulang sebuah trofi dan sijil penyertaan . Pertandingan ini telah berlangsung pada 9 dan 10 Oktober yang dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan Cheras untuk sekolah-sekolah angkat di bawah naungannya . Pertandingan telah diadakan di Kolej Teknologi YPC-iT Web Taman Maluri Cheras.

Semoga kejayaan Syasya akan menjadi motivasi dan perangsang kepada murid lain untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti luar dan mendapatkan kejayaan seperti yang diinginkan .



                                                                                                                                       
 -Admin-

Selasa, 2 Oktober 2012

HARI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


Berikut ialah antara foto yang sempat diambil semasa program tersebut yang dijalankan pada 22 dan 23 September yang lalu .


















* Klik imej untuk paparan yang lebih besar

                                                                                                                             -Admin-


Rabu, 19 September 2012

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012


Berikut antara foto yang diambil sekitar sambutan tersebut .











* Klik imej untuk paparan yang jelas



                                                                                               - ADMIN-






Sabtu, 8 September 2012

SSQS SIAP !


Tahniah !  Semua murid dan guru SK (P) Pudu Satu telah berjaya menjawab dan menyiapkan soal selidik berkenaan dengan ICT menerusi laman web SSQS KPM baru-baru ini. Sebanyak 62 responden yang ada telah berjaya menjawab semua soalan ini yang mana soal selidik ini akan ditutup pada 9 September 2012 ( Ahad ).

Terima kasih kepada semua guru dan murid serta semua pentadbir sekolah yang memberikan kerjasama dalam menjayakan soal selidik ini .




* Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
                                                                                                                                    - Admin-



Isnin, 3 September 2012

LAMAN WEB SSQS DISERANG !


Laman web Smart School Qualification Standard (SSQS) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  telah diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dipercayai pihak ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap profesion perguruan. Berikut ialah catatan 'penyerang ' tersebut di laman web SSQS.




* Klik imej untuk paparan yang lebih besar

                                                     Sumber : Bahagian Teknlogi Pendidikan Kuala Lumpur
                                                                      (BTPNKL)   


                                                                                                                   -Admin-




PENGARAH PELAJARAN JPWPKL


Makluman kepada semua warga sekolah, berikut disertakan gambar Pengarah Pelajaran yang baru iaitu Yang Berbahagia Tuan Abdullah Bin Mad Yunus .

                                                                                                                               - Admin-

Jumaat, 10 Ogos 2012

TAHUKAH ANDA ?



TRANSIT PLANET ZUHRAH (  VENUS )




Transit Planet Zuhrah (Venus) telah kelihatan dari permukaan bumi pada 9 Jun 2012 yang lepas. Transit berlaku apabila planet ini melintasi kedudukannya antara bumi dan matahari.


     Kejadian ini terakhir sekali dilihat pada tahun 1882.  Ramai penduduk dunia tidak ketinggalan menonton kejadian ini secara langsung kerana berlaku pada siang hari . Menurut statistik yang dikeluarkan, seramai 2 juta penonton yang menonton menerusi laman web NASA dengan kira-kira 90,000 melayarinya pada satu-satu masa kerana mereka tidak mempunyai peralatan yang perlu seperti teleskop penapis cahaya .

     Semasa kejadian ini berlaku planet Zuhrah akan kelihatan seperti bintik hitam di atas permukaan matahari dan sememangnya planet ini kelihatan jelas kepada mereka yang melihat dari permukaan bumi. Kejadian berlaku selama 6 jam 40 minit.

    Selain Amerika Syarikat, planet ini juga dapat dilihat di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China. Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit.

      Menurut anggaran yang dikeluarkan oleh NASA, fenomena ini akan berlaku lagi selepas 105 tahun akan datang. Dipercayai penduduk bumi akan melihat lagi fenomena ini pada tahun 2117.

                                                                           - Agensi-



                                                                     -Admin-




* TAHUKAH ANDA diterbitkan setiap Jumaat




Rabu, 8 Ogos 2012

KATA-KATA HIKMAT





" Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti "

                                       ~ Hukama~


                                           -Admin-



* KATA-KATA HIKMAT diterbitkan setiap Rabu



Isnin, 6 Ogos 2012

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN




NUZUL QURAN

Hari ini , Isnin bersamaan 17 Ramadhan 1433 ( 6 Ogos 2012) merupakan satu daripada hari yang amat bermakna kepada semua umat Islam. Umat Islam menyambut Nuzul Al-Quran yang membawa maksud pada hari ini Allah s.w.t mula menurunkan al-quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut Dr.Yusof Al-Qardhawi, sememangnya al-quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Beliau telah membuat rumusan dan menyatakan 7 keistimewaan al-quran setelah membuat banyak rujukan terhadap kitab-kitab ulama yang terdahulu.

Berikut adalah antara keistimewaan tersebut :

1. Kitab yang diturunkan oleh Allah dari sisi-Nya.
2. Kitab yang terpelihara selama-lamanya ( tidak boleh diubah).
3. Kitab yang menewaskan kitab-kitab yang lain.
4. Kitab yang mempunyai keterangan yang nyata dan ringkas.
5. Kitab yang menerangkan keseluruhan hidup beragama.
6. Kitab sepanjang zaman ( sesuai untuk dibaca pada sebarang masa).
7. Kitab yang memperkatakan tentang hak kemanusiaan.




                                                                                            Sumber : Ustaz Wan Sohor Bani Leman
                                                                                                           Al-Zikra, 97.2  KLFM

UJIAN BULAN OGOS KINI BERMULA



Semua murid Pudu Satu tahun 3,4,5 dan 6 akan menduduki Ujian Bulan Ogos pada hari ini
Isnin (6 Ogos 2012) hingga Rabu (9 Ogos 2012).
Sementara murid-murid tahun 1 dan 2 akan meneruskan pembelajaran seperti biasa.
Selamat maju jaya .


                                                                                                       -Admin-

Jumaat, 3 Ogos 2012

TAHUKAH ANDA ?



Fosil terbesar di dunia dijumpai di Jabal Barez Iran , dipercayai muncul akibat tindakan gempa bumi yang berlaku pada bulan Disember 2003. Fosil ini dijumpai oleh pengembala kambing ketika dia sedang mencari kambingnya yang hilang di kawasan tandus tersebut.

Mengikut pakar arkeologi dan paleontologi yang menyelidiki fosil ini, mereka mendapati haiwan ini mempunyai sifat amfibia dan bergerak dengan cara merangkak. Saiz kepala saja berukuran 26 kaki dengan  ketinggian 8 meter. Panjang sebelah tulang rusuk sahaja adalah antara 5 hingga 7 kaki. Dipercayai panjang keseluruhan haiwan ini ialah 200 kaki .

Haiwan ini juga dipercayai adalah terbesar jika dibandingkan dengan Ultrasaurus yang dipercayai adalah yang terbesar sebelum ini .








                                                                                                   -Admin-




*TAHUKAH ANDA diterbitkan setiap Jumaat






Rabu, 1 Ogos 2012

KATA-KATA HIKMAT MINGGU INI







                                                                                                                   -Admin-




Isnin, 30 Julai 2012

SAJAK JALUR GEMILANG





Pn.Noor Ain telah uploadkan sajak yang dibaca oleh Noor Syasya Afiqah Shahrizal semasa perasmian kempen Kibar Jalur Gemilang.
Marilah kita semua membaca dan menikmatinya .


















                                                                                                 -Admin-