SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Isnin, 30 Disember 2013

Tahniah ...... Pudu Satu ......


UPSR 2013 telah melonjakkan nama SK (P) Pudu Satu menjadi sekolah yang mempunyai prestasi cemerlang dalam UPSR tahun lepas. Berikut adalah anugerah yang telah diterima selepas keputusan UPSR diumumkan .... 








Isnin, 4 November 2013

FOTO AKTIVITI TAHUN 2013 PENGGAL KE-2 (JULAI - NOVEMBER 2013)

 
SEMUA MURID DAN GURU

 
Semua foto berkaitan aktiviti sekolah penggal ke-2 (sesi pagi) seperti sukan, perkhemahan unit uniform dan Kem Permainan 1 Murid 1 Sukan, Bulan Kemerdekaan boleh didapati melalui vle-frog.
 
Sila semak notifications masing-masing untuk pautan ke laman foto berkenaan.
 
Bagi guru-guru pula, selain laman foto, gambar juga boleh diakses melalui School Documents atau e-mail masing-masing dan juga Google Drive menggunakan id vle-frog.
 
Kepada murid dan guru yang tidak menerima pautan bagi semua foto ini, sila berjumpa dengan En.yusof.
 
Semua foto akan dipaparkan bermula 5 November 2013.




-Admin-

Khamis, 24 Oktober 2013

PAUTAN TERBARU VLE-FROG


SEMUA MURID DAN GURU

Pautan terbaru ke vle-frog telah dilinkkan seperti di sebelah kanan blog ini.

Sila klik VLE-FROG jika ingin memasuki web berkenaan.

Pautan dari www.yes.my tidak lagi digunakan.

Terima kasih.



Rabu, 18 September 2013

PENUTUPAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG !



Panitia PSK dan KT telah bekerjasama mengadakan majlis penutupan bulan kemerdekaan (16.08.2013 - 17.09.2013) pada pagi Selasa yang lepas. Puan Guru Besar telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada semua pemenang bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini .

Tahniah , kepada semua !

-Admin-

Selasa, 10 September 2013

UPSR BERMULA HARI INI !


Seramai 11 orang calon  akan menduduki peperiksaan UPSR yang bermula hari ini hinggalah Khamis nanti. Semoga mereka  semua akan menjawab dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang .

Jaga kesihatan, semak jawapan ....

Pudu Satu Boleh !


                -Admin-

Khamis, 20 Jun 2013

10 YANG TERBAIK DI KUALA LUMPUR


TAHNIAH PUDU SATU  !

Sekolah telah menghantar 3 orang wakil untuk menyertai pertandingan Cilik Bistari pada hari ini 20 Jun yang diadakan di SMK Wangsa Melawati Kuala Lumpur. Pertandingan ini adalah anjuran Johor Corporation dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( Unit Ko-Kurikulum ).

Murid yang menyertai ialah Carmen Kan, Yik Yau dan Siti Nurhidayah . Mereka telah mengharumkan nama sekolah dengan meletakkan sekolah di kedudukan 10 terbaik antara 32 buah sekolah rendah yang bertanding pada hari ini. Dengan kedudukan yang cemerlang ini, Pudu Satu melayakkan diri untuk ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada Oktober nanti . 

Tahniah, Carmen ! Tahniah Yik Yau ! Tahniah Hidayah !


Isnin, 17 Jun 2013

TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID CEMERLANG


Hari ini 17 Jun, pihak sekolah telah mengadakan Program Permata Sekolah iaitu majlis penyampaian hadiah kepada semua murid yang cemerlang A dalam PKSR 1 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untu Tahun 4,5 dan 6.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.

Selasa, 11 Jun 2013

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG


Sekolah telah mengadakan Hari Akademik sebelum cuti pertengahan penggal pada Mei yang lepas. Hari ini sekolah mengadakan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah memenangi aktiviti-aktiviti mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Berikut adalah snapshot semasa penyampaian hadiah pagi tadi .

Khamis, 23 Mei 2013

CUTI SUDAH BERMULA !




Semua murid Pudu Satu mula menunjukkan wajah keriangan pada minit-minit akhir waktu persekolahan sesi penggal pertama .

Ini kerana mereka tidak sabar-sabar untuk mula bercuti sebaik saja berdering loceng waktu terakhir (6.20 petang) pada petang ini (Khamis 23 Mei) .

Semua murid mula bercuti pada 24 Mei 2013 (Jumaat) hingga 9 Jun 2013 (Ahad).

Murid bersekolah semula pada 10 Jun 2013 ( Isnin) pada sesi pagi yang bermula pada pukul 7.20 pagi  setiap hari .

Jaga diri.

Jaga keselamatan .

Semoga bergembira .

Selamat bercuti !





                                                                                                                                    -Admin-




Khamis, 16 Mei 2013

HARI ISTIMEWA UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK



" TERIMA KASIH ,   CIKGU . SELAMAT HARI GURU ....... "




Hari ini 16 Mei, sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang . 

Sambutan pada tahun ini agak berbeza sedikit dengan tahun-tahun sebelumnya kerana, sambutan tidak dapat dijalankan di dewan sekolah. Ini disebabkan terdapat kerja-kerja pendawaian semula kabel elektrik di semua bangunan sekolah termasuk dewan. 

Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk mengadakan sambutan di dalam kelas 6 Kekwa.

Kemeriahan sambutan Hari Guru mula dirasai apabila bermulanya aturcara dengan jamuan makan tengah hari di kantin untuk semua guru. Ini diikuti dengan solat zuhur berjemaah serta bacaan surah Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Azni dan disertai oleh semua guru dan murid pada pukul 1.10 petang hingga 2 petang.

Majlis sambutan rasmi bermula pada pukul 2 petang dengan ucapan Ketua Murid, Guru Besar dan diikuti oleh pertukaran dan penyampaian hadiah di kalangan guru-guru. 

Dalam majlis ini juga, semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 menyampaikan hadiah Hari Guru kepada guru-guru yang mereka sayangi. 

Tidak ketinggalan juga Lembaga Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber turut sama menyampaikan hadiah kepada semua guru dalam majlis ini . 

Selepas itu, murid-murid mengadakan persembahan  untuk memberi hiburan ringan di samping menyerikan lagi majlis sambutan yang diadakan .

Aturcara sambutan diteruskan dengan acara minum petang dan jamuan antara kelas pada pukul 3.45 petang hingga 4.30 petang. Dalam slot ini, guru-guru juga mengadakan acara memotong kek yang disumbangkan oleh Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) kepada sekolah-sekolah angkat. 

Kemudian, aktiviti permainan dijalankan iaitu pertandingan antara guru-guru mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Acara tamat pada pukul 6.15 petang dengan penyampaian hadiah kepada semua guru mengikut pencapaian masing-masing dalam permainan yang telah mereka sertai.

Berikut adalah snapshot sambutan Hari Guru yang telah diadakan : 














 

                                                                             





 















                                                                                                                                  - Admin -