SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Jumaat, 10 Ogos 2012

TAHUKAH ANDA ?



TRANSIT PLANET ZUHRAH (  VENUS )




Transit Planet Zuhrah (Venus) telah kelihatan dari permukaan bumi pada 9 Jun 2012 yang lepas. Transit berlaku apabila planet ini melintasi kedudukannya antara bumi dan matahari.


     Kejadian ini terakhir sekali dilihat pada tahun 1882.  Ramai penduduk dunia tidak ketinggalan menonton kejadian ini secara langsung kerana berlaku pada siang hari . Menurut statistik yang dikeluarkan, seramai 2 juta penonton yang menonton menerusi laman web NASA dengan kira-kira 90,000 melayarinya pada satu-satu masa kerana mereka tidak mempunyai peralatan yang perlu seperti teleskop penapis cahaya .

     Semasa kejadian ini berlaku planet Zuhrah akan kelihatan seperti bintik hitam di atas permukaan matahari dan sememangnya planet ini kelihatan jelas kepada mereka yang melihat dari permukaan bumi. Kejadian berlaku selama 6 jam 40 minit.

    Selain Amerika Syarikat, planet ini juga dapat dilihat di Hawaii, Alaska, timur Australia dan Asia termasuk Jepun, Semenanjung Korea dan timur China. Mereka yang berada di Amerika Utara dan Tengah akan dapat melihat keseluruhan fenomena itu manakala penduduk di barat Asia, timur Afrika dan sebahagian besar Eropah pula akan dapat menyaksikan penghujung transit Zuhrah apabila matahari terbit.

      Menurut anggaran yang dikeluarkan oleh NASA, fenomena ini akan berlaku lagi selepas 105 tahun akan datang. Dipercayai penduduk bumi akan melihat lagi fenomena ini pada tahun 2117.

                                                                           - Agensi-



                                                                     -Admin-




* TAHUKAH ANDA diterbitkan setiap Jumaat




Rabu, 8 Ogos 2012

KATA-KATA HIKMAT





" Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti "

                                       ~ Hukama~


                                           -Admin-



* KATA-KATA HIKMAT diterbitkan setiap Rabu



Isnin, 6 Ogos 2012

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN




NUZUL QURAN

Hari ini , Isnin bersamaan 17 Ramadhan 1433 ( 6 Ogos 2012) merupakan satu daripada hari yang amat bermakna kepada semua umat Islam. Umat Islam menyambut Nuzul Al-Quran yang membawa maksud pada hari ini Allah s.w.t mula menurunkan al-quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut Dr.Yusof Al-Qardhawi, sememangnya al-quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Beliau telah membuat rumusan dan menyatakan 7 keistimewaan al-quran setelah membuat banyak rujukan terhadap kitab-kitab ulama yang terdahulu.

Berikut adalah antara keistimewaan tersebut :

1. Kitab yang diturunkan oleh Allah dari sisi-Nya.
2. Kitab yang terpelihara selama-lamanya ( tidak boleh diubah).
3. Kitab yang menewaskan kitab-kitab yang lain.
4. Kitab yang mempunyai keterangan yang nyata dan ringkas.
5. Kitab yang menerangkan keseluruhan hidup beragama.
6. Kitab sepanjang zaman ( sesuai untuk dibaca pada sebarang masa).
7. Kitab yang memperkatakan tentang hak kemanusiaan.




                                                                                            Sumber : Ustaz Wan Sohor Bani Leman
                                                                                                           Al-Zikra, 97.2  KLFM

UJIAN BULAN OGOS KINI BERMULA



Semua murid Pudu Satu tahun 3,4,5 dan 6 akan menduduki Ujian Bulan Ogos pada hari ini
Isnin (6 Ogos 2012) hingga Rabu (9 Ogos 2012).
Sementara murid-murid tahun 1 dan 2 akan meneruskan pembelajaran seperti biasa.
Selamat maju jaya .


                                                                                                       -Admin-

Jumaat, 3 Ogos 2012

TAHUKAH ANDA ?



Fosil terbesar di dunia dijumpai di Jabal Barez Iran , dipercayai muncul akibat tindakan gempa bumi yang berlaku pada bulan Disember 2003. Fosil ini dijumpai oleh pengembala kambing ketika dia sedang mencari kambingnya yang hilang di kawasan tandus tersebut.

Mengikut pakar arkeologi dan paleontologi yang menyelidiki fosil ini, mereka mendapati haiwan ini mempunyai sifat amfibia dan bergerak dengan cara merangkak. Saiz kepala saja berukuran 26 kaki dengan  ketinggian 8 meter. Panjang sebelah tulang rusuk sahaja adalah antara 5 hingga 7 kaki. Dipercayai panjang keseluruhan haiwan ini ialah 200 kaki .

Haiwan ini juga dipercayai adalah terbesar jika dibandingkan dengan Ultrasaurus yang dipercayai adalah yang terbesar sebelum ini .








                                                                                                   -Admin-




*TAHUKAH ANDA diterbitkan setiap Jumaat






Rabu, 1 Ogos 2012

KATA-KATA HIKMAT MINGGU INI







                                                                                                                   -Admin-