SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Jumaat, 13 Julai 2012

TAHUKAH ANDA ?



                           KEPANASAN API DUNIA


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan  asal kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam AS dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan,  maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril        : Wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi
                 kegunaan  Adam AS.

Zabaniah :  Sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril        : Sebesar kurma .

Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan
                tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril       : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma .

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan
                 turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi
                 nanti .

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di  atas sebuah bukit yg tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.


PENGAJARAN
Kita mestilah insaf apabila melihat api kerana api yang ada dunia hanyalah api yang sejuk jika
dibandingkan dengan kepanasan api neraka yang sebenar.

Perbandingan secara empirik ialah kepanasan api di dunia hanyalah SISA-SISA dari saiz yang bernilai 0.00000001 ( besar atom )  berbanding api neraka yang kepanasan sebenarnya bernilai 70 .
Subhanallah !
Namun manusia masih lagi tidak tahan dengan kepanasan api yang telah disejukkan ini .
Cuba bayangkan kepanasan sebenar yang akan dihadapi oleh  penghuni neraka .

Semoga kita dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t semasa hidup dan mati serta dijauhkan dari seksaan api neraka . Amin.


                                                                                                                                               Sumber : http://halaqah.net      


                                                                                                                                                                                       -Admin-      





                                                                                                              


* Tahukah Anda diterbitkan setiap Jumaat