SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Khamis, 23 Mei 2013

CUTI SUDAH BERMULA !




Semua murid Pudu Satu mula menunjukkan wajah keriangan pada minit-minit akhir waktu persekolahan sesi penggal pertama .

Ini kerana mereka tidak sabar-sabar untuk mula bercuti sebaik saja berdering loceng waktu terakhir (6.20 petang) pada petang ini (Khamis 23 Mei) .

Semua murid mula bercuti pada 24 Mei 2013 (Jumaat) hingga 9 Jun 2013 (Ahad).

Murid bersekolah semula pada 10 Jun 2013 ( Isnin) pada sesi pagi yang bermula pada pukul 7.20 pagi  setiap hari .

Jaga diri.

Jaga keselamatan .

Semoga bergembira .

Selamat bercuti !





                                                                                                                                    -Admin-




Khamis, 16 Mei 2013

HARI ISTIMEWA UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK



" TERIMA KASIH ,   CIKGU . SELAMAT HARI GURU ....... "




Hari ini 16 Mei, sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang . 

Sambutan pada tahun ini agak berbeza sedikit dengan tahun-tahun sebelumnya kerana, sambutan tidak dapat dijalankan di dewan sekolah. Ini disebabkan terdapat kerja-kerja pendawaian semula kabel elektrik di semua bangunan sekolah termasuk dewan. 

Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk mengadakan sambutan di dalam kelas 6 Kekwa.

Kemeriahan sambutan Hari Guru mula dirasai apabila bermulanya aturcara dengan jamuan makan tengah hari di kantin untuk semua guru. Ini diikuti dengan solat zuhur berjemaah serta bacaan surah Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Azni dan disertai oleh semua guru dan murid pada pukul 1.10 petang hingga 2 petang.

Majlis sambutan rasmi bermula pada pukul 2 petang dengan ucapan Ketua Murid, Guru Besar dan diikuti oleh pertukaran dan penyampaian hadiah di kalangan guru-guru. 

Dalam majlis ini juga, semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 menyampaikan hadiah Hari Guru kepada guru-guru yang mereka sayangi. 

Tidak ketinggalan juga Lembaga Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber turut sama menyampaikan hadiah kepada semua guru dalam majlis ini . 

Selepas itu, murid-murid mengadakan persembahan  untuk memberi hiburan ringan di samping menyerikan lagi majlis sambutan yang diadakan .

Aturcara sambutan diteruskan dengan acara minum petang dan jamuan antara kelas pada pukul 3.45 petang hingga 4.30 petang. Dalam slot ini, guru-guru juga mengadakan acara memotong kek yang disumbangkan oleh Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) kepada sekolah-sekolah angkat. 

Kemudian, aktiviti permainan dijalankan iaitu pertandingan antara guru-guru mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Acara tamat pada pukul 6.15 petang dengan penyampaian hadiah kepada semua guru mengikut pencapaian masing-masing dalam permainan yang telah mereka sertai.

Berikut adalah snapshot sambutan Hari Guru yang telah diadakan : 














 

                                                                             





 















                                                                                                                                  - Admin -