SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KAMI

SK (P) PUDU SATU JALAN FOSS 55200 KUALA LUMPUR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

( 12 JANUARI 2015 - MEI 2015 )



Khamis, 16 Mei 2013

HARI ISTIMEWA UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK



" TERIMA KASIH ,   CIKGU . SELAMAT HARI GURU ....... "




Hari ini 16 Mei, sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang . 

Sambutan pada tahun ini agak berbeza sedikit dengan tahun-tahun sebelumnya kerana, sambutan tidak dapat dijalankan di dewan sekolah. Ini disebabkan terdapat kerja-kerja pendawaian semula kabel elektrik di semua bangunan sekolah termasuk dewan. 

Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk mengadakan sambutan di dalam kelas 6 Kekwa.

Kemeriahan sambutan Hari Guru mula dirasai apabila bermulanya aturcara dengan jamuan makan tengah hari di kantin untuk semua guru. Ini diikuti dengan solat zuhur berjemaah serta bacaan surah Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Azni dan disertai oleh semua guru dan murid pada pukul 1.10 petang hingga 2 petang.

Majlis sambutan rasmi bermula pada pukul 2 petang dengan ucapan Ketua Murid, Guru Besar dan diikuti oleh pertukaran dan penyampaian hadiah di kalangan guru-guru. 

Dalam majlis ini juga, semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 menyampaikan hadiah Hari Guru kepada guru-guru yang mereka sayangi. 

Tidak ketinggalan juga Lembaga Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber turut sama menyampaikan hadiah kepada semua guru dalam majlis ini . 

Selepas itu, murid-murid mengadakan persembahan  untuk memberi hiburan ringan di samping menyerikan lagi majlis sambutan yang diadakan .

Aturcara sambutan diteruskan dengan acara minum petang dan jamuan antara kelas pada pukul 3.45 petang hingga 4.30 petang. Dalam slot ini, guru-guru juga mengadakan acara memotong kek yang disumbangkan oleh Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) kepada sekolah-sekolah angkat. 

Kemudian, aktiviti permainan dijalankan iaitu pertandingan antara guru-guru mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Acara tamat pada pukul 6.15 petang dengan penyampaian hadiah kepada semua guru mengikut pencapaian masing-masing dalam permainan yang telah mereka sertai.

Berikut adalah snapshot sambutan Hari Guru yang telah diadakan : 














 

                                                                             





 















                                                                                                                                  - Admin -









5 ulasan:

  1. Selamat Hari guru kepada semua guru di sk p pudu satu!!!

    BalasPadam
  2. Terima kasih priya. Always support our blog.

    BalasPadam
  3. Hehe I wil support our blog always!!!! This is my favourite primary school in my life!!! TQ teacher(ADMIN)

    BalasPadam
  4. i miss my primary school and my beloved teacher and unfortunitly my friends.love you al1!!

    BalasPadam
  5. How to get to MGM National Harbor on New Jersey's
    The cheapest 과천 출장마사지 way to get to MGM 수원 출장샵 National Harbor costs only $10, and the quickest way takes 성남 출장안마 just 19 mins. Find the travel 포항 출장안마 option that best 과천 출장샵 suits you.

    BalasPadam